Samsudin Lamin

Samsudin Lamin (23 Oktober 1939 – 1 Julai 2015) merupakan seorang penyanyi veteran lelaki Malaysia, terkenal dengan menyanyikan lagu-lagu Melayu asli.[1][2]Kerjaya Samsudin dalam bidang muzik bermula apabila beliau menyanyi untuk Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia) sejak 1951 bersama Orkes Rangkaian Tunas Baru menerusi program terbitan Daud Hamzah. Beliau menyertai pertandingan Bintang Asli 1961 dan seterusnya pada 1971 yang menyaksikannya berjaya ke final peringkat kebangsaan. Ketika itu maestro Datuk Johari Salleh bertindak sebagai pengarah orkestra. Antara lagu popular beliau ialah "Laksamana Mati Di Bunuh" dan "Ketawalah Lagi" serta "Cinta Wayang".[3][4] Samsudin juga pernah menjadi tenaga pengajar muzik tradisional di beberapa sekolah.[5][6]Beliau meninggal dunia di usia 75 tahun pada 1 Julai 2015 di kediamanya di Kampung Setia, Batu 18, Rawang akibat jangkitan kuman pada paru-paru, meninggalkan isteri Yunetta Yusof dan empat anak. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang.[2][7]